LocalGames: Dasar Privasi / Privacy Policy

DuaBit Studio · Dikemas kini / Updated: 3 November 2026

LocalGames ialah direktori untuk mencari game Malaysia. Anda boleh melayari katalog tanpa mendaftar akaun pemain. / LocalGames is a directory for discovering Malaysian games. Browsing does not require a player account.

Data yang digunakan / Data we use

Pilihan bahasa dan game kegemaran disimpan dalam storan pelayar pada peranti anda. Kuki sesi digunakan untuk keselamatan borang dan sesi. Untuk analitik, pelayan merekod lawatan halaman, pembukaan butiran dan klik pautan game, kategori peranti, domain sumber serta pengecam sesi rawak yang dihash. Analitik menghormati isyarat Do Not Track dan Global Privacy Control. / Language and favourites stay in browser storage on your device. Session cookies support secure forms and sessions. Analytics records page views, game-detail opens, game-link clicks, device category, referring domain and a hashed random session identifier. Analytics respects Do Not Track and Global Privacy Control.

Jika anda menghantar game, kemas kini atau laporan, kami memproses maklumat yang anda berikan, seperti nama game, nama developer, e-mel, pautan dan poster/gambar. IP dan masa penghantaran digunakan untuk mencegah spam dan membantu moderasi. IP penghantaran boleh dihantar melalui HTTPS kepada ipwho.is untuk mendapatkan negara anggaran. Kami tidak meminta GPS atau lokasi tepat. / If you submit a game, update or report, we process the details you provide, including game/developer names, email, links and poster images. Submission IP addresses and times support fraud prevention and moderation. Submission IP may be sent over HTTPS to ipwho.is for approximate country lookup. We do not request GPS or precise location.

Penggunaan dan perkongsian / Use and sharing

Data digunakan untuk mengendalikan katalog, menyemak permohonan, menghubungi developer, membaiki perkhidmatan dan keselamatan. Maklumat game dan poster yang diluluskan akan dipaparkan kepada umum; e-mel penghantar tidak dipaparkan sebagai sebahagian daripada katalog. Penyedia hosting, keselamatan dan perkhidmatan sokongan mungkin memproses data bagi pihak kami. Kami tidak menjual data peribadi dan tidak menjalankan pengiklanan pihak ketiga dalam direktori ini. / We use data to operate the catalogue, moderate submissions, contact developers, improve the service and maintain security. Approved game information and posters become public; submitter email is not shown as part of the catalogue. Hosting, security and support providers may process data for us. We do not sell personal data or run third-party advertising in the directory.

Pautan game lain / Other game links

Butang main atau muat turun membuka laman, kedai atau game milik developer berkenaan. Perkhidmatan tersebut mempunyai polisi privasi, kandungan dan pembelian tersendiri. / Play and download links open the relevant developer's game, website or app store. Those services have their own privacy policies, content and purchases.

Penyimpanan dan pemadaman / Retention and deletion

Rekod analitik sesi terperinci disimpan sehingga 90 hari; kiraan agregat tanpa pengecam sesi boleh disimpan lebih lama. Maklumat katalog dan penghantaran disimpan selagi diperlukan bagi operasi, moderasi, keselamatan atau kewajipan undang-undang. Anda boleh memadam pilihan bahasa dan kegemaran dengan mengosongkan data laman/peranti. / Detailed analytics session records are kept for up to 90 days; aggregate counts without session identifiers may be retained longer. Catalogue and submission records are retained as needed for operations, moderation, security or legal obligations. Clear site/app storage to remove local language and favourites.

Untuk meminta pemadaman atau pembetulan data penghantaran, e-mel support@duabitstudio.com dengan nama game dan e-mel yang digunakan. Kami akan menyemak identiti pemohon dan memberi respons, biasanya dalam 30 hari. Sesetengah rekod mungkin perlu disimpan bagi keselamatan atau undang-undang. / Request deletion or correction of submitted data by emailing support@duabitstudio.com with the game name and submission email. We verify the request and normally respond within 30 days. Some records may need to remain for security or legal reasons.

Keselamatan / Security

Sambungan perkhidmatan menggunakan HTTPS. Tiada sistem boleh dijamin selamat sepenuhnya. / Service connections use HTTPS. No system can be guaranteed completely secure.

Hubungi / Contact

DuaBit Studio · support@duabitstudio.com

Kembali ke LocalGames / Back to LocalGames